MAJLIS BELIA MALAYSIA

Kunjungan Hormat MBM Kepada Timbalan Menteri KDN

Putrajaya | 24 Julai – Majlis Belia Malaysia (MBM) telah mengadakan kunjungan hormat kepada YB Dato’ Seri Dr. Shamsul Anuar Haji Nasarah; Presiden Alumni MBM merangkap Timbalan Menteri Dalam Negeri bertempat di Bangunan Kementerian Dalam Negeri.

Hadir mengetuai kunjungan tersebut Sdr. Mohd Izzat Afifi Abdul Hamid; Presiden MBM dan turut disertai oleh Sdr. Hasnul Haniff Harun; Setiausaha Agung MBM.

Pelbagai pekara turut dibincangkan antaranya mengenai penganjuran Majlis Tayangan Dokumentari Ulang Tahun Jubli Intan MBM yang akan diadakan pada Ogos ini dengan penglibatan Alumni MBM.

Selain itu, turut dibincangkan adalah mengenai ruang kerjasama dalam program kesedaran belia mengenai masalah isu sosial.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »