MAJLIS BELIA MALAYSIA

Kunjungan Hormat MBM Kepada Timbalan Menteri Belia dan Sukan

Putrajaya | 23 Disember -Majlis Belia Malaysia (MBM) telah mengadakan kunjungan hormat kepada Timbalan Menteri Belia dan Sukan, YB Tuan Adam Adli Abdul Halim bertempat di Menara Kementerian Belia dan Sukan (KBS).

Kunjungan hormat diketuai oleh Sdr. Mohd Izzat Afifi Abdul Hamid, Presiden MBM dan dihadiri bersama barisan kepimpinan MBM.

Pertemuan ini adalah kali yang pertama selepas YB menjawat jawatan selaku Timbalan Menteri Belia dan Sukan Malaysia. Dalam pertemuan tersebut, MBM telah membentangkan latar belakang organisasi, gerak kerja dan hala tuju belia kepada beliau.

Selain itu, MBM turut menyuarakan padangan berkaitan program – program yang perlu diberi penekanan semula serta mengukuhkan lagi kerjasama yang lebih erat antara MBM dan KBS.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »