MAJLIS BELIA MALAYSIA

KUNJUNGAN HORMAT MBM KEPADA SETIAUSAHA TETAP KEMENTERIAN PELANCONGAN, KESENIAN, KEBUDAYAAN DAN KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN SARAWAK

KUCHING 17 Disember – Majlis Belia Malaysia (MBM) telah mengadakan kunjungan hormat kepada Setiausaha Tetap Kementerian Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan dan Kementerian Belia dan Sukan Sarawak, Puan Nancy Jolhi bersama Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak Sarawak, Puan Azura Salbin di Pejabat YB Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah.

Sdri. Atiqah Syairah Shaharuddin, Penolong Setiausaha Agung MBM hadir mewakili MBM. Kunjungan ini adalah kesempatan yang diambil oleh MBM dalam siri jelajah Sesi Libat Urus #MalaysiaKerja di Zon Borneo.

Antara isu yang diperbincangkan adalah peranan MBM dan usaha-usaha yang dapat dijalinkan dengan kerjasama pihak menteri dalam memartabatkan belia di Sarawak.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »