MAJLIS BELIA MALAYSIA

KUNJUNGAN HORMAT MBM KEPADA RISDA

 Kuala Lumpur| 19 Februari – Sdr. Abdul Hafeez Abdullah, Pengerusi Biro Pertanian dan Industri Asas Tani (PIAT) Majlis Belia Malaysia (MBM) dan barisan jawatankuasanya telah mengadakan kunjung hormat kepada Timbalan Ketua Pengarah RISDA, Encik Zulkefli Zaini di sini.

Perbincangan menjurus kepada bantuan kepada pekebun kecil berdaftar dengan RISDA dan juga ahli keluarga melalui Skim AET (Aktiviti Ekonomi Tambahan).

Antara bidang yang boleh dipohon antaranya bidang pertanian, perkhidmatan dan penternakan. Bidang perkhidmatan yang boleh dipohon pula merangkumi pelbagai bidang termasuk bidang butik, salon, bengkel kereta dan banyak lagi.

Belia yang ada keluarga mereka iaitu ibubapa berdaftar sebagai pekebun kecil RISDA perlu menyahut peluang besar ini dengan jumlah bantuan sehingga RM20,000.00.

Hadir sama Yang Dipertua Majlis Belia Kelantan, Sdr. Hafizul Nizam serta barisan Exco yang lain.

Image may contain: 2 people
Image may contain: 5 people, people sitting, table and indoor
Image may contain: 3 people, people sitting
Image may contain: 5 people, people standing and suit

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »