KUALA LUMPUR | 21 Mac – Majlis Belia Malaysia (MBM) telah mengadakan kunjungan hormat kepada YB Datuk Aaron Ago Dagang, Menteri Perpaduan Negara di Bangunan Pentadbiran Parlimen Malaysia.
Kunjungan hormat tersebut diketuai oleh Sdr. Mohd Izzat Afifi Abdul Hamid, Presiden MBM.
Turut sama Dato Syed Osman, Naib Presiden MBM, Sdr. Eow Shiang Yen, Exco MBM dan wakil -wakil pimpinan badan gabungan MBM.
Dalam kunjungan tersebut, MBM telah membentangkan mengenai latar belakang organisasi, gerak kerja dan hala tuju belia kepada beliau.
Selain itu, antara perkara dibincangkan juga adalah mengenai kerjasama MBM dan Kementerian Perpaduan Negara (KPN) dalam menggerakkan program -program berbentuk semarak kenegaraan bagi memberi penerangan yang lebih jelas kepada masyarakat khususnya golongan belia.








