Kuala Lumpur | 3 Ogos – Majlis Belia Malaysia (MBM) telah mengadakan kunjungan hormat kepada YB. Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad, Menteri Pengajian Tinggi bertempat di Bangunan Parlimen Malaysia.
Kunjung hormat diketuai oleh Sdr. Mohd Izzat Afifi Abdul Hamid, Presiden MBM dan dihadiri bersama Sdr. Hasnul Haniff Harun, Setiausaha Agung MBM dan Sdr. Khairul Azman, Naib Presiden MBM serta barisan Exco MBM.
Dalam pertemuan itu, MBM dan Kementerian Penganjian Tinggi (KPT) telah membincangkan mengenai pelbagai peluang dan kerjasama dalam usaha meningkatkan kualiti pendidikan tinggi sekaligus memperkasa taraf hidup para belia di Malaysia.



