MAJLIS BELIA MALAYSIA

Kunjungan Hormat MBM Kepada Menteri PDNHEP

Kuala Lumpur | 2 Ogos – Majlis Belia Malaysia (MBM) telah mengadakan kunjungan hormat kepada YB Dato Sri Alexander Nanta Linggi, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (PDNHEP) bertempat di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Menara Sentral.

Turut sama pengurusan tertinggi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).

Kunjungan hormat telah diketuai oleh Sdr. Hasnul Haniff Harun, Setiausaha Agung MBM dan dihadiri oleh Sdr. Khairul Azman Abdul Azeez, Naib Presiden MBM serta barisan Exco MBM. Turut hadir, Sdr. Nasir, Presiden Majlis Belia Wilayah Persekutuan (MBWP).

Dalam kunjungan tersebut, MBM turut mengusulkan cadangan program berbentuk advokasi secara mesra kepada belia dan masyarakat bagi memastikan maklumat berkaitan kepenggunaan itu dapat difahami dan disebarkan dengan lebih luas.

Selain itu, YB Menteri PDNHEP juga turut berkongsi berkaitan tugas serta usaha yang sedang dilaksanakan oleh pihak KPDNHEP.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »