MAJLIS BELIA MALAYSIA

Kunjungan Hormat MBM Kepada Menteri Luar Negeri Malaysia

Putrajaya | 9 Jun – Majlis Belia Malaysia (MBM) telah mengadakan kunjungan hormat kepada YB Dato’ Saifuddin Abdullah, Menteri Luar Negeri Malaysia di pejabatnya. Kunjungan tersebut diketuai oleh Sdr. Mohd Izzat Afifi Abdul Hamid, Presiden MBM.

Dalam kunjungan tersebut, MBM telah memperkenalkan Official National Youth Delegates (NYD) yang akan mewakili MBM dan Malaysia ke 12th Commonwealth Youth Forum (CYF) 2022 dan Commonwealth Youth Council General Assembly (CYCGA) secara fizikal di Kigali, Rwanda.Turut hadir Sdri. Ng Chor Eng, Exco MBM dan Sdr. Mohamad Tassim Zainal, Ahli Majlis Tertinggi Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) yang akan mewakili MBM dan Malaysia dalam forum tersebut.

Selain itu, beberapa perancangan program juga turut dibincangkan untuk digerakkan bersama.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »