MAJLIS BELIA MALAYSIA

Kunjungan hormat MBM kepada Menteri Hal Ehwal Agama

KUALA LUMPUR 7 September – Pimpinan Majlis Belia Malaysia (MBM) diketuai Sdr. Jufitri Joha, Presiden MBM dan Jawatankuasa Kecil OIC Youth Malaysia MBM telah mengadakan kunjungan hormat kepada Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), YB Senator Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri bertempat di Parlimen.

Pelbagai perkara dibincangkan melibatkan pengukuhan NGO Belia Islam MBM (NGO Belia Islam yang bergabung dan tidak bergabung dengan MBM), penganjuran Konvensyen Belia Islam, pengukuhan ekonomi digital, isu belia OKU dan lain-lain.

Satu mesyuarat tindakan susulan akan dibuat di antara MBM dan pihak Pejabat Menteri bagi melaksanakan perkara perkara yang telah dipersetujui bersama. Beliau sempat menitipkan harapan agar MBM dapat memperkasa belia-belia di Malaysia dan melahirkan lebih ramai ikon belia dalam berbagai bidang seperti yang disebut dalam ayat 13 Surah Al Kahfi sebagai “pemuda yang beriman dengan Tuhannya dan dilimpahi dengan cahaya petunjuk.”

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »