PUTRAJAYA 18 Februari – Majlis Belia Malaysia (MBM) telah mengadakan kunjung hormat kepada Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan (JBSN) yang baharu Encik Mohd Azhari Mohammad di Menara KBS di sini.
Delegasi MBM diketuai oleh Sdr. Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz, Naib Presiden MBM bersama Sdr. Hasnul Haniff Harun, Setiausaha Agung MBM, Datuk Syed Osman Mohamed dan Sdr. Mohd Faiz Shuhaimi, Exco MBM.
Pelbagai perkara telah dibincangan bersama bagi memastikan agenda pembangunan belia dapat dilaksanakan dengan baik.
Turut sama dalam pertemuan ini Dr. Zainah Shariff, Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Pembangunan Belia JBSN.