MAJLIS BELIA MALAYSIA

Kunjungan hormat MBM kepada Ketua Pengarah JBSN yang baharu

PUTRAJAYA 22 Nov – Majlis Belia Malaysia (MBM) telah mengadakan kunjungan hormat kepada Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara, Puan Azura Abidin bertempat di Menara KBS.

Delegasi MBM diketuai Timbalan Presidennya, Sdr. Mohd Fairos Bin Rusli dan Setiausaha Agung MBM, Sdr. Hasnul Haniff Harun.

Terdahulu pimpinan MBM menyampaikan ucapan setinggi-tinggi tahniah atas pelantikan beliau sebagai Ketua Pengarah JBSNegara yang baharu.

Tentunya pertemuan ini membawa hasrat badan induk pertubuhan belia ini untuk memperkukuhkan hubungan strategik yang sedia terjalin di antara KBSMalaysia khususnya melalui JBSN dalam program pembangunan belia.

Beliau turut menyatakan komitmen Kementerian untuk terus bekerjasama dengan MBM dalam merealisasikan agenda pembangunan belia khususnya pelaksanaan program seperti transisi kepimpinan belia, pemerkasaan pengetahuan dan kemahiran AI selain program antarabangsa.

Hadir sama Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Pembangunan Belia, Timbalan Ketua Pengarah Rakan Muda dan wakil dari Bahagian Pembangunan Sukan JBSN.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »