MAJLIS BELIA MALAYSIA

Kunjungan hormat MBM kepada Kedutaan Rusia

KUALA LUMPUR 19 Feb – Majlis Belia Malaysia (MBM) hari ini telah melakukan kunjungan hormat kepada Kedutaan Rusia di Kuala Lumpur bagi membincangkan kerjasama dua hala pembangunan belia antara Malaysia dan Rusia.

Pertemuan ini juga bagi menyampaikan perkembangan semasa persiapan kontinjen Malaysia ke World Youth Festival yang bakal bermula 1 hingga 7 Mac 2024 di Sochi, Rusia.

Delegasi MBM yang diketuai Sdr. Mohd Izzat Afifi Abdul Hamid, Presiden MBM telah menyampaikan hasrat untuk dijalinkan hubungan lebih erat antara belia Malaysia dan Rusia kepada TYT TYT Naiyl M. Latypov, Duta Besar Rusia ke Malaysia khususnya dalam penglobalisasian anak muda.

Turut hadir sama, Sdr. Ahmad Idzham, Sdr. Syahmi Shamsuddin, Ahli Jawatankuasa Hal Ehwal Antarabangsa MBM dan Puan Bibi Zaleha, Pengurus Program Antarabangsa MBM.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »