MAJLIS BELIA MALAYSIA

Kunjungan Hormat MBM Kepada Exco Kerajaan Negeri Selangor

Shah Alam | 15 Januari – Majlis Belia Malaysia (MBM) telah mengadakan kunjung hormat kepada YB Puan Anfaal Binti Saari, Exco Pembangunan Wanita dan Masyarakat Negeri Selangor bertempat di Bilik Mesyuarat Pejabat Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor.

Kunjung hormat tersebut diketuai oleh Sdr. Hasnul Haniff Harun, Setiausaha Agung MBM dan dihadiri bersama Sdri. Asya Rahman, Exco merangkap Timbalan Pengerusi Biro Hal Ehwal Wanita dan Keluarga MBM .

Turut serta Sdri. Nor Zakiah, Naib Presiden Majlis Belia Negeri Selangor dan ahli-ahli Jawatankuasa Hal Ehwal Wanita dan Keluarga MBM .

Dalam kunjung hormat tersebut, MBM telah membentangkan mengenai latar belakang dan perancangan kehadapan untuk tahun 2024 bagi golongan wanita muda, disamping berbincang mengenai kerjasama yang boleh digerakkan bersama kerajaan negeri Selangor.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »