MAJLIS BELIA MALAYSIA

Kunjungan hormat MBM kepada Duta Kesatuan Eropah di Malaysia

KUALA LUMPUR 30 Mac – Majlis Belia Malaysia (MBM) telah mengadakan kunjungan hormat kepada Mr. Michalis Rokas, Duta Kesatuan Eropah di Malaysia bertempat di Pejabat Kedutaan Kesatuan Eropah, Menara Naza di sini.

Kunjungan tersebut diketuai Sdr. Syafiq Ridzwan Jamaluddin, Penolong Ketua Penerangan MBM.

Turut hadir Sdr. Mohd Izham Ahmad, Ahli Jawatankuasa Antarabangsa MBM dan Dr. Syafiqah Rahim, Felo Penyelidik MBM.

Dalam pertemuan tersebut, MBM membentangkan mengenai latar belakang organisasi, gerak kerja dan hala tuju belia Malaysia kepada beliau.

Selain itu, turut dibincangkan adalah kerjasama MBM dan pihak kedutaan dalam pelbagai segmen program antaranya penganjuran bersama program “Ambassador Talk”.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »