MAJLIS BELIA MALAYSIA

Kunjungan hormat MBM kepada Duta Besar Malaysia ke Kemboja

PHNOM PENH 28 Mac – Siri lawatan kerja Majlis Belia Malaysia (MBM) di Kemboja diakhiri dengan sesi kunjungan hormat kepada Duta Besar Malaysia ke Kemboja, Datuk Eldeen Husaini Mohd Hashim di Pejabat Kedutaan Malaysia di sini.

Kunjungan ini merupakan sebahagian jadual MBM dalam rangka lawatan kerja di Kemboja.

Delegasi MBM diketuai Presidennya, Sdr. Mohd Izzat Afifi Hj Abd Hamid.

Pertemuan silaturahim ini bagi memaklumkan keberadaan MBM di sini selain perancangan program-program MBM bersama Cambodian Muslim Youth Association (CMYA).

Datuk Eldeen dalam ucapannya mengalu‐alukan kehadiran MBM dan bersetuju dengan pelaksanaan program pembangunan komuniti khusus dalam bidang training dan skills building bukan sumbangan semata-mata memandangkan Kemboja kini menuju kearah negara membangun.

Hadir sama Pengerusi Tetap MBM, Sdr. Muhammad Fadzli Hasan; Setiausaha Agung Committee for Asean Youth Cooperation (CAYC), Sdr. Mohd Zaidi Aziz; Setiausaha Agung MBM, Sdr. Hasnul Haniff Harun; Exco MBM, Sdr. Ahmad Farhan Rosli dan Presiden CMYA, Sdr. Nasiet Othsman.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »