MAJLIS BELIA MALAYSIA

Kunjungan Hormat MBM kepada Akademi Pilihan Raya Malaysia

PUTRAJAYA 27 Jun – Satu kunjungan hormat telah diadakan oleh Majls Belia Malaysia (MBM) kepada Akademi Pilihan Raya Malaysia (APR) di bawah Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) bagi membincangkan ruang kerjasama yang boleh dilaksanakan antara kedua belah pihak.

Dalam pertemuan ini, MBM mencadangkan penglibatan APR dalam program Sekolah Politik 3.0 dalam skop penerangan kepada belia bagaimana proses pengundian dan pengiraan undi.

Pihak APR yang diketuai Ketua Pengarahnya, Encik Hasanul Isyraf Naim menekankan soal kepentingan keterlibatan MBM dalam usaha APR mendekati golongan belia akar umbi bagi menyebar luas kepentingan golongan ini untuk keluar mengundi. Pihak APR juga mahukan orang ramai tahu peranan serta ketelusan SPR dalam setiap proses pilihan raya di Malaysia agar integriti institusi SPR sendiri dapat dibela.

Selain daripada itu, turut dibincangkan mengenai limitasi golongan Orang Kurang Upaya (OKU) dalam proses pilihan raya di Malaysia.

Delegasi MBM diketuai Setiausaha Agung MBM, Sdr. Hasnul Haniff Harun, Naib Presiden MBM merangkap Pengerusi Biro Pendidikan, Sdr. Mohamed Khairul Azman Abdul Azeez, Exco MBM Sdr. Mohd Fauzi Fadzil dan Sdr. Mohd Faiz Shuhaimi.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »