KAJANG 18 Jan – Majlis Belia Malaysia (MBM) hari ini telah mengadakan kunjungan hormat kepada Encik Johan Halid, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Food Bank Malaysia (YFBM) bertempat di pejabat operasinya di Bukit Angkat, Kajang.
Pertemuan ini bagi membincangkan ruang kerjasama strategik yang boleh dijalinkan antara MBM dengan YFBM dalam menggerakkan misi bantuan dan kemanusiaan.
Hadir sama Setiausaha Agung MBM, Sdr. Hasnul Haniff Harun; Exco MBM, Sdr. Mohd Faiz Shuhaimi dan Pegawai Perhubungan NGO YFBM, Puan Yang Rafidah Othman.
YFBM merupakan sebuah organisasi bebas bertujuan menjadi pemangkin kepada usaha kerajaan dalam mengurangkan pembaziran makanan melalui pengagihan kepada kelompok yang memerlukan.
Hasil pertemuan, pihak YFBM secara dasarnya bersetuju penglibatan MBM dalam beberapa siri program bantuan melibatkan komuniti sebagai permulaannya.