MAJLIS BELIA MALAYSIA

Kunjungan Hormat MBM Ke Jabatan Perkhidmatan Veterinar

Serdang 28 Nov – Kunjungan Hormat kepada Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar, YBhg Dato’ Dr. Quaza Nizamuddin Bin Hassan Nizam oleh JawatanKuasa Pertanian Dan Industri Asas Tani MBM Laman Ternakan sempena pameran MAHA yang sedang berlangsung sehingga 2 Disember ini.

Kunjungan ini dilakukan untuk menjalinkan hubungan di antara pihak Jabatan Perkhidmatan Veterinar supaya pelbagai jalinan kerjasama dapat dijalankan pada masa hadapan.

Tuan Ketua Pengarah sempat menitipkan pesanan kepada rombongan MBM supaya menggalakkan para belia menceburi sektor perladangan ayam yang sistematik dengan penuh kesabaran dan istiqamah.

Beliau juga menyeru belia agar mencontohi usahawan-usahawan berjaya yang berjuang sehingga 30 tahun untuk menjadi seorang penternak dan peladang yang berjaya.

Tuan Pengarah juga bersedia untuk bersama MBM dalam membantu para belia yang bersungguh-sungguh untuk menceburi bidang penternakan ini sebagai kerjaya yang berdaya saing untuk para belia.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »