MAJLIS BELIA MALAYSIA

Kunjungan Hormat MBM Ke Jabatan Perikanan

Serdang 28 N0v – Kunjungan Hormat kepada Ketua Pengarah Jabatan Perikanan YBhg Dato’ Haji Munir Bin Haji Mohd Nawi MBM oleh JawatanKuasa Pertanian Dan Industri Asas Tani MBM di Laman Perikanan sempena pameran MAHA yang sedang berlangsung sehingga 2 Disember.

Kunjungan ini dilakukan untuk menjalinkan hubungan di antara pihak Jabatan Perikanan supaya pelbagai jalinan kerjasama dapat dijalankan pada masa hadapan di antara belia dan Jabatan Perikanan

Tuan Ketua Pengarah sempat menitipkan pesanan kepada rombongan MBM supaya menggalakkan para belia menceburi bidang perikanan dan juga bidang hiliran berkaitan perikanan yang sangat banyak di luar sana.

Tuan Ketua Pengarah juga mahukan pihak MBM menganjurkan program taklimat berkaitan bidang ini agar dapat dimanfaatkan oleh para belia sebagai sumber ekonomi.

Beliau juga menawarkan kemudahan-kemudahan yang dimiliki oleh Jabatan Perikanan agar digunakan untuk membantu para belia supaya bidang perikanan ini menjadi minat dan juga menampung keperluan sumber makanan negara

Akhir sekali, Tuan Pengarah Jabatan Perikanan juga bersedia untuk bersama MBM dalam membantu para belia yang bersungguh-sungguh untuk menceburi bidang penternakan ini sebagai kerjaya yang berdaya saing untuk para belia sebagai orang tengah dengan agensi kerajaan lain khususnya pihak Agrobank dan Tekun.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »