BANGI 25 Mac – Majlis Belia Malaysia (MBM) dikepalai Presidennya, Sdr. Mohd Izzat Afifi Abdul Hamid hari ini telah mengadakan kunjungan hormat ke Ibu Pejabat Agensi Antidadah Kebangsaan Malaysia (AADK) di Bangi Selangor.
Kunjungan yang disambut oleh Ketua Pengarah AADK, YBhg Tuan Sutekno Ahmad Belon itu telah menyaksikan beberapa perbincangan dasar kerjasama kedua-dua pihak dalam merejuvenasikan semula kempen #BeliaBenciDadah yang suatu ketika dahulu menjadi kempen rasmi negara.
Turut disinggung oleh Ketua Pengarah AADK tentang bagaimana kepesatan gejala penagihan dadah yang dilihat telah menyusup dalam masyarakat khususnya belia dengan sangat pantas dan berbahaya. Beberapa rangka kerjasama besar telah dirancang bagi menggiatkan kembali program memerangi dadah ini.
Turut hadir sama Sdr. Hasnul Haniff Harun, Setiausaha Agung MBM; Sdr. Syafiq Ridzwan Jamaluddin, Penolong Ketua Penerangan MBM dan Sdr. Abqaree Fawwaz Abekan, Presiden Majlis Belia Sabah.