Putrajaya | 29 September – Majlis Belia Malaysia (MBM) bersama Junior Chamber International Kuala Lumpur (JCIKLM) telah mengadakan kunjungan hormat kepada Encik Mohd Hazan Bin Haji Dahari, Pengarah Akademi Kemahiran Belia Golf(AKBG).
Kunjungan hormat telah diketuai oleh Sdr. Hasnul Haniff Harun, Setiausaha Agung MBM dan dihadiri bersama Ahli Jawatankuasa Kerja JCIKLM.
Dalam kunjungan tersebut, pelbagai perkara telah dibincangan antaranya mengenai ruang kerjasama program dan perlaksanaan Kursus latihan kerjaya kepada golongan belia dalam Program Pengkhususan Golf yang telah dilaksanakan oleh pihak AKBG.






