MAJLIS BELIA MALAYSIA

Kunjungan hormat ke Kedutaan Besar Malaysia di Uzbekistan

TASHKENT 13 Okt – Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Sdr. Mohd Izzat Afifi Abdul Hamid telah mengadakan kunjungan hormat kepada Duta Besar Malaysia ke Uzbekistan, TYT Ambassador Ilham Tuan Illias bertempat di Kedutaan Malaysia di sini.

Turut sama dalam pertemuan ini Presiden MAYC Kebangsaan, Sdr. Mohd Al-Hafizi Hj Abu Bakar dan Bendahari Gerakan Belia 4B Kebangsaan / Majlis Belia Negeri Pahang, Sdr. Saharuddin Ahmad.

Pertemuan membincangkan kerjasama antara MBM dan Kedutaan serta peluang-peluang untuk belia Malaysia di Uzbekistan.

Delegasi MBM ini berada di Uzbekistan bagi menghadiri The Sixth meeting of the Youth Council of the Conference on Interaction and Confidence Building Measures in Asia (CICA).

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »