KUALA LUMPUR 24 Mei – Majlis Belia Malaysia (MBM) dikunjungi Hon Dr. Ahmed Abdirahman Herzi, Timbalan Menteri Belia dan Sukan Puntland State of Somalia bertempat di Wisma MBM membincangkan tentang kerjasama belia di antara dua Negara.
Beliau yang baru berusia awal 30an merupakan graduan USIM dan berminat menjalinkan kerjasama dengan MBM untuk melatih para belia Somalia yang membentuk 70 peratus penduduk Somalia dengan kemahiran insaniah. Puntland merupakan Negeri terbesar daripada 5 Negeri di Somalia yang kaya dengan mineral dan hasil laut.