MAJLIS BELIA MALAYSIA

Kunjungan Hormat dan Majlis Pertukaran Dokumen Memorandum Persefahaman (MoU) MBM dan Yayasan Peneraju

Kuala Lumpur | 30 Ogos – Majlis Belia Malaysia (MBM) mengadakan kunjungan hormat dan Majlis Pertukaran Dokumen Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera yang berlangsung di Pejabat Yayasan Peneraju.

MoU tersebut telah ditandatangani oleh Ts. Dr. Mohd Muzzammil Ismail, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Peneraju bersama Sdr. Mohd Izzat Afifi Abdul Hamid, Presiden MBM.

Turut hadir Sdr. Hasnul Haniff Harun, Setiausaha Agung MBM, Sdr. Abu Kadir Mubarak Ali, Penolong Setiausaha Agung MBM dan Sdr. Mohd Faiz Shuhaimi, Exco MBM yang menyaksikan majlis MoU tersebut.

Dalam MoU tersebut juga, MBM dan Yayasan Peneraju akan bekerjasama untuk meneruskan dan melaksanakan program berbentuk latihan kerjaya kepada golongan belia khususnya bumiputera.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »