KUALA LUMPUR 6 April – Majlis Belia Malaysia (MBM) telah menerima kunjungan dari Global Livestock Services yang diketuai oleh Mr. Mick Watson, Ketua Pegawai Eksekutif.
Turut sama Mr. Graham McCelland, Pengarah Eksekutif dan Puan Hazleenda Mohd Nor, Eksekutif Jualan dan Pemasaran.
Kunjungan disambut oleh Sdr. Hasnul Haniff Harun, Setiausaha Agung MBM, Datuk Syed Osman, Exco MBM dan Sdr. Mohamed Naseer Mohamed, Presiden Majlis Belia Wilayah Persekutuan (MBWP). Pelbagai perkara telah bincangkan khususnya dalam peluang perniagaan di kalangan belia. Syarikat tersebut menjadi pembekal utama daging burger dan mereka menawarkan kepada para belia untuk menjadi pemborang, pembekal, peruncit dan pengedar kepada produk tersebut.