KUALA LUMPUR 30 Jun – Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Sdr. Jufitri Joha telah menerima kunjungan Duta Belia Youth Opportunities Malaysia (YO) Sdr. Sri Balasubramaniyam Subramaniam.
Youth Opportunities berpangkalan di Bangladesh bertujuan menyebarluaskan pelbagai peluang yang ada kepada belia. Peluang atau Opportunity adalah perkara utama yang diperlukan oleh belia dalam pembangunan belia dan Negara.
“Our youth need Supports – Opportunities -Programs and Services (SOPS). These will be an essence of our struggle for the youth”.
Sdr. Bala dipilih sebagai Duta YO Malaysia untuk tempoh setahun. YO Malaysia berminat bekerjasama dengan MBM sebagai rakan strategik bagi membangunkan belia.