KUALA LUMPUR 14 Jun – Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Sdr. Jufitri Joha dan Presiden Majlis Belia Felcra Malaysia (MBFeM), Sdr. Nazri Rosli telah mengadakan kunjungan dan sesi perbincangan kepada Pejabat Felcra Berhad sambil meraikan status ahli gabungan penuh MBFeM dalam MBM.
MBFeM mempunyai 58 cawangan di seluruh negara. Turut sama dalam pertemuan ini Sdr. Mohamad Nazri Abdul Latif, Exco MBM.