KUALA LUMPUR 13 September – Sdr. Ong Kooi Jin Timbalan Pengerusi Biro Pendidikan Majlis Belia Malaysia telah menerima Kunjungan daripada China Student Association Malaysia yang diketuai oleh John Zhang Selaku President bersama pegawainya. Turut hadir sama adalah Sdr Hazrul Hafizi Abdul Halim Exco MBM.
Kunjungan ini bagi membincangkan mengenai program kerjasama pelajar dari china yang belajar di Malaysia dengan mengadakan program pertukaran belia, kesukarelaan dan pelbagai lagi. Program ini adalah bertujuan untuk memastikan mereka mempelajari serta memahami budaya dan keadaan sesuatu negara yang dilawati.