MAJLIS BELIA MALAYSIA

Kunjungan Center of Excellence for Extended Reality Technology ke MBM

KUALA LUMPUR 21 Disember – Majlis Belia Malaysia (MBM) dikunjungi oleh Sdr. Mohanraj Kumarason, yang merupakan Ketua Pegawai Operasi Center of Excellence For Extended Reality Technology. Beliau berkunjung ke MBM bagi berkongsi idea mengenai perkembangan teknologi VR dan AR yang mampu untuk dimanfaatkan di dalam program pembangunan belia.

Antara program yang berpotensi untuk dimanfaatkan bersama dalam teknologi ini adalah, program pendidikan demokrasi dan Undi 18 dimana teknologi ini dapat memberi peluang kepada peserta merasai bagaimana sistem pembuangan undi dilakukan seolah2 mereka sendiri berada di tempat pembuangan undi.

Dengan teknologi VR dan AR ini juga peserta dapat merasai seperti berada di dalam bangunan Parlimen Malaysia dan belajar selok belok sistem berparlimen yang diamalkan di Malaysia.

Dalam masa yang sama, beliau turut berkongsi mengenai kemampuan teknologi ini mengawal dan merawat individu yang mengalamai masalah kesihatan mental dengan kaedah terapi mengikut standard tertentu.

Kunjungan beliau telah disambut oleh Sdr. Mohamed Azman Abdul Azeez, Naib Presiden MBM dan Sdr. Hasnul Haniff Harun, Setiausaha Agung MBM.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »