MAJLIS BELIA MALAYSIA

Kunjungan AZAM Sarawak – MBM alu-alukan kerjasama rakan kongsi angkat isu belia

KUALA LUMPUR 15 Okt – Majlis Belia Malaysia (MBM) hari ini telah menerima kunjungan daripada Angkatan Zaman Mansang Sarawak (AZAM) bertempat di Wisma MBM, Bandar Tun Razak.

Presiden MBM, Sdr. Mohd Izzat Afifi Hj Abd Hamid menyambut delegasi AZAM yang diketuai Pengerusinya, Datu William Nyigor.

AZAM merupakan sebuah NGO berpusat di Sarawak yang bertujuan membantu menggalakkan kesedaran dan penglibatan dalam bidang pembangunan mampan, ekonomi dan pembangunan belia khususnya di negeri ini.

Banyak topik dibincang dan dikongsikan dalam pertemuan ini selain mewujudkan ruang kerjasama yang lebih erat di antara kedua-dua pihak.

Presiden MBM terbuka dan mengalu-alukan kerjasama rakan kongsi yang selari dengan matlamat MBM dalam mengangkat isu-isu dan kepentingan belia di Malaysia.

Pertemuan diakhiri dengan penyerahan cenderahati dan sesi bergambar.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »