KUALA LUMPUR 12 April – Majlis Belia Malaysia (MBM) hari ini menerima tetamu dari All-Party Parliamentary Group Malaysia on the Sustainable Development Goals (APPGM-SDG) bertempat di Wisma MBM.
APPGM-SDG adalah sebuah organisasi di bawah Parlimen Malaysia yang menjalankan aktiviti-aktiviti berteraskan agenda SDGs.
Delegasi ini dihadiri oleh Cik Zoel Ng, Head of Communication & Capacity Department dan Encik Leo Mixsbobic SDG Capacity Building and Project Management Officer.
Pertemuan ini bagi membincangkan mengenai potensi kerjasama berkaitan SDG antaranya Localising SDGs Workshop, SDGs Summit dan SDGs National Campaign melibatkan majlis belia daerah.
Hadir dalam perbincangan ini Setiausaha Agung MBM, Sdr. Hasnul Haniff Harun; Exco MBM, Sdr. Eow Shiang Yen; Penyelidik MBM, Dr. Syafiqah Rahim dan Pegawai Antarabangsa MBM, Puan Bibi Zaleha.
Turut sama Presiden MBM yang menyampaikan cenderahati dan bergambar bersama.




