MAJLIS BELIA MALAYSIA

KUNJUNG HORMAT PRESIDEN MBM KEPADA MENTERI BESAR KEDAH

ALOR SETAR | 14 Januari 2019 – Sdr. Jufitri Joha Presiden Majlis Belia Malaysia telah mengadakan kunjung hormat kepada YAB Dato’ Seri Utama Haji Mukhriz Bin Tun Mahathir Menteri Besar Kedah. Turut bersama adalah Speaker Dewan Undangan Negeri Kedah, YB Dato’ Paduka Ahmad bin Kassim.

Kunjung hormat diadakan bagi membincangkan perkara mengenai pembangunan belia dan Negeri. Dato’ Seri juga berkongsikan perkara mengenai projek Aeroangkasa di Langkawi dan Kulim. Turut diperbincangkan adalah mengenai peluang pendidikan dan pekerjaan anak muda Kedah yang merupakan perkara penting bagi memastikan anak muda tidak akan tercicir dengan peluang yang ada.

Image may contain: 3 people, people sitting

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »