MAJLIS BELIA MALAYSIA

Kunjung Hormat Pimpinan MBM Kepada Yang Di-Pertua Dewan Rakyat

KUALA LUMPUR | 8 Februari- Majlis Belia Malaysia (MBM) telah mengadakan kunjungan hormat kepada YB Dato’ Johari Abdul, Yang di-Pertua Dewan Rakyat.

Kunjung hormat tersebut diketuai oleh Sdr. Mohd Izzat Afifi Abdul Hamid di pejabat Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia.

Turut sama Sdr. Syafiq Ridzwan Jamaluddin, Penolong Ketua Penerangan MBM, Sdr. Farhan Rosli, Exco MBM dan wakil pimpinan Majlis Belia Negeri Pahang.

Dalam kunjungan tersebut, MBM telah membentangkan mengenai latar belakang organisasi, gerak kerja dan hala tuju belia kepada beliau.

Selain itu, turut dibincangkan adalah mengenai kerjasama MBM dan Parlimen Malaysia dalam memberi pendedahan kepada golongan belia untuk memahami sistem demokrasi Malaysia.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »