Putrajaya | 24 Mac 2022 – Majlis Belia Malaysia (MBM) telah mengadakan kunjung hormat kepada YB Dato’ Seri Ahmad Faizal Bin Dato’ Azumu Menteri Belia dan Sukan Malaysia bertempat di Menara Kementerian Belia dan Sukan (KBS) Malaysia . Kunjung hormat telah diketuai oleh Sdr. Izzat Afifi Abdul Hamid, Presiden MBM dan bersama pimpinan MBM sesi 2022 – 2024.
Turut bersama YBhg Dato’ Jana Santhiran Muniayan, Ketua Setiausaha KBS, Tuan Mohd Azhari Mohammad, Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN).Kunjung hormat ini adalah yang pertama diadakan selepas pemilihan MBM pada awal Mac.
MBM juga telah memperkenalkan pimpinan baharu bagi sesi kali ini kepada Menteri. MBM ketika kunjungan juga telah membentangkan beberapa fokus untuk digerakkan, antaranya mengenai usaha dalam membantu belia dalam bidang pekerjaan, pendidikan, penglibatan belia dalam kesukarelaan dan sebagainya.
Selain itu, beberapa perancangan program juga turut dibentangkan bagi meneruskan agenda dan dasar kerajaan dalam memperkasakan keluarga belia Malaysia.