Sarawak | 6 Disember – Majlis Belia Malaysia (MBM) telah mengadakan Kunjung hormat kepada YB Dato Sri Haji Abdul Karim Rahman Hamzah, Menteri Pelancongan, Industri Kreatif, Persembahan Seni, Belia, Sukan dan Keusahawanan Negeri Sarawak merangkap Presiden SABERKAS bertempat di Wisma Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Negeri Sarawak, Kuching.
Turut sama, YB Tuan Haji Safiee Haji Ahmad, Setiausaha Agung SABERKAS.
Hadir mengetuai delegasi MBM, Sdr. Mohd Izzat Afifi Abdul Hamid, Presiden dan dihadiri bersama Sdr. Azman Azeez; Naib Presiden, Sdr. Hasnul Haniff Harun; Setiausaha Agung , Sdr. Izham Ahmad, Bendahari Kehormat, Sdr Tarmizi Karnain; Naib Presiden, Sdr. Iqmal Mahadi; Penolong Bendahari Kehormat, Sdr. Farhan Rosli; Exco.








