PUTRAJAYA 24 Julai – Majlis Belia Malaysia (MBM) telah mengadakan kunjungan hormat kepada Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail di pejabat beliau.
Turut hadir sama dalam pertemuan ini Datuk Muez, Ketua Setiausaha KPDNHEP.
Kunjung Hormat ini diketuai Sdr. Jufitri Joha Presiden MBM bersama Sdr. Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz Naib Presiden MBM, Sdr. Ahmad Shah Mohamad EXCO MBM merangkap Timbalan Pengerusi Biro Perpaduan, Integrasi Nasional dan Kepenggunaan, Sdr. Hasanul Amir Abdul Halim, EXCO MBM dan Dr. Zatul, Ahli Jawatankuasa Biro Pendidikan MBM.
Antara agenda dibincangkan mengenai kerjasama dalam Food bank yang merupakan program yang diwujudkan oleh pihak KPDNHEP bagi membantu golongan yang memerlukan dan perkara-perkara berkaitan. MBM juga akan turut bersama dalam membantu program tersebut.