GOMBAK 26 Mei – Majlis Belia Malaysia (MBM) telah mengadakan kunjungan hormat kepada Prof Dr. Zulkifli Hasan, Timbalan Rektor Universiti Islam Antarabangsa (UIA) di pejabatnya.
Kunjungan hormat ini diketuai oleh Sdr. Mohd Izzat Afifi Abd Hamid, Presiden MBM bersama Sdr. Hasnul Haniff Harun, Setiausaha Agung MBM dan Sdr. Farhan Rosli, Exco MBM.
MBM dan UIAM akan bekerjasama dalam melaksanakan beberapa program, termasuklah dalam perancangan untuk satu persidangan antarabangsa berkaitan Krisis Iklim dan program berkaitan kepimpinan, Sustainable Development Goals, pembangunan mahasiswa dan lain lain.
Leading the Way!








