KUALA LUMPUR 19 Mac – Majlis Belia Malaysia (MBM) telah mengadakan kunjungan hormat kepada Timbalan Menteri Kerja Raya, YB Mohd Anuar Mohd Tahir di bangunan Kementerian Kerja Raya.
Dalam pertemuan tersebut, Presiden MBM, Sdr. Jufitri Joha membicarakan mengenai hala tuju MBM dan kekangan yang dihadapi oleh gerakan belia hari ini. Selain itu turut membincangkan ruang dan peluang dalam membantu MBM dan gabungannya seperti aspek prasarana, aset persatuan belia, kemahiran dan peluang dalam sektor pembinaan serta program-program belia di Parlimen Temerloh.
Terdahulu dalam ucapannya, YB Timbalan Menteri menyatakan bahawa MBM perlu lebih berani membawa suara belia dan berusaha mendekati golongan belia walaupun yang berlainan ideologi.
“Pemimpin belia tidak harus ada ‘vested interest’ agar kekal fokus berjuang isu belia dan rakyat”, ujar beliau yang juga mantan Exco MBM era 70an.
Turut hadir dalam pertemuan ini Naib Presiden MBM, Sdri. Nurul-Huda Mohamed Afandi, Setiausaha Agung MBM, Sdr. Hasnul Haniff Harun, Exco MBM Sdr. Syed Osman Mohamed dan Sdr. Mohamad Nazri Abdul Latiff.