MAJLIS BELIA MALAYSIA

Kunjung hormat MBM kepada Prof. Emeritus Tan Sri Dr. Ibrahim Shah Abu Shah bincang usaha literasi politik

SHAH ALAM 21 Julai – Dalam memastikan pengetahuan dan peranan generasi muda khususnya belia mahasiswa dalam sistem demokrasi negara, Majlis Belia Malaysia (MBM) telah mengadakan kunjungan hormat kepada Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti, Universiti Teknologi MARA (UITM), Profesor Emeritus Tan Sri Dato Seri Dr. Ibrahim Shah Abu Shah di Pejabat beliau di sini.

Pertemuan diketuai oleh Presiden MBM, Sdr. Mohd Izzat Afifi Abdul Hamid membincangkan mengenai perancangan Sekolah Politik 3.0 dengan kolaborasi pihak UiTM.

Antara yang disentuh juga mengenai Undi18 dan kepentingan peranan NGO seperti MBM dalam menggerakkan usaha literasi politik dalam kalangan mahasiswa demi memastikan sistem demokrasi negara dapat dilaksanakan dengan sempurna.

Hadir sama Naib Presiden MBM, Sdr. Mohamad Khairul Azman Abdul Azeez merangkap Pengerusi Biro Pendidikan MBM; Exco MBM Sdr. Mohd Faiz Shuhaimi; Felo Pejabat Presiden MBM, Sdr. Akmal Hisham Abdul Rahim dan Sdr. Muhammad Ariff Asyrul Adnan.

Turut hadir tenaga pakar untuk Program Sekolah Politik 3.0, Dr. Che Hamdan Che Mohd Razali.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »