MAJLIS BELIA MALAYSIA

KUNJUNG HORMAT MBM KEPADA PRESIDEN WORLD ASSEMBLY OF YOUTH (WAY)

AYER KEROH 24 Jun – Majlis Belia Malaysia (MBM) telah mengadakan kunjungan hormat kepada Datuk Seri Utama Ir. Idris Haron, Presiden World Assembly of Youth (WAY) yang juga merupakan Exco Kerajaan Negeri di bawah portfolio Pembangunan Daerah, Luar Bandar dan Pengurusan Banjir.

Pertemuan ini membincangkan mengenai program-program pembangunan belia antarabangsa selain tentang mesyuarat agung akan datang dan pemilihan WAY.

Mantan Timbalan Presiden MBM (sesi 2007-2009) turut menasihatkan agar MBM kekal sebagai non-partisan dan mewakili solid suara belia yang kritis.

Delegasi MBM diketuai oleh Sdr. Jufitri Joha, Presiden MBM, Sdr. Hasnul Haniff Harun Setiausaha Agung MBM, Sdr. Mohd Nizam Omar Penolong Bendahari Kehormat MBM, Sdr. Mohd Faiz Suhaimi Exco MBM dan Sdr. Muhammad Hanapi Jamaludin Felo Penyelidik MBM.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »