KUALA LUMPUR 22 Sep – Majlis Belia Malaysia (MBM) telah mengadakan kunjung hormat kepada Menteri Sumber Manusia, YB Datuk Seri M Saravanan di Putrajaya.
Kunjungan ini diketuai Presiden MBM, Sdr. Jufitri Joha. Hadir sama Naib Presiden MBM, Sdri. Nurul-Huda Mohamed Afandi, Setiausaha Agung MBM Sdr. Hasnul Haniff Harun, Bendahari Kehormat Sdr. Haridass Ramasamy, Exco MBM, Sdr. Syed Osman Mohamed, Sdri. Jessy Ng, Sdr. Mohamad Nazri Latiff dan Felo Penyelidik MBM Sdr. Muhammad Hanapi Jamaluddin.
Antara isu yang dibangkitkan dalam pertemuan ini seperti peluang pekerjaan golongan belia pasca Covid-19, kuota Pinjaman Tabung Pendidikan Kemahiran (PTPK) belia berkemahiran (TVET) serta isu pekerjaan belia OKU yang menarik perhatian Menteri.