SHAH ALAM 5 Julai – Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Sdr. Mohd Izzat Afifi Abdul Hamid dan beberapa kepimpinan NGO hari ini telah menghadiri pertemuan bersama Pengerusi Kumpulan Media Karangkraf, Dato’ (Dr) Hussamuddin Yaacub yang juga merupakan Ketua Pasukan Rasuah Busters di Bangunan Karangkraf, Shah Alam.
Antara perkara yang dibincangkan adalah mengenai inisiatif ‘Malaysia Bangkit Perangi Rasuah’ yang merupakan kesinambungan kepada program Rasuah Busters.
Turut disentuh mengenai isu perpaduan di mana MBM dan beberapa NGO akan menggerakkan program perpaduan sebagai jati diri melalui Rukun Negara sebagai asas pemahaman rakyat Malaysia.
Hadir sama Setiausaha Agung MBM, Sdr. Hasnul Haniff Harun.








