MAJLIS BELIA MALAYSIA

Kunjung Hormat MBM Kepada Kedutaan Besar Malaysia Jakarta

Jakarta | 12 April 2022 – Majlis Belia Malaysia (MBM) telah mengadakan kunjung hormat kepada Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta, Indonesia yang disambut oleh Encik Muhamad Fairuz Shafie, Counsellor, Encik Ammil Afiq Jasimi dan Encik Abdul Zuhaili Abdullah.

Kunjung hormat diketuai oleh Sdr. Mohd Izzat Afifi Abdul Hamid, Presiden MBM bersama Sdr. Hasnul Haniff Harun, Setiausaha Agung MBM dan diiringi oleh barisan kepimpinan Komite Nasional Pemuda Indonesia (KNPI).

Pertemuan diadakan bagi tujuan ramah mesra dan bertanya khabar kepimpinan MBM dan KNPI kepada pihak kedutaan serta memaklumkan berkenaan program yang diadakan.

MBM mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak kedutaan atas kesudian menerima kunjungan.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »