Kuala Lumpur | 17 Februari- Majlis Belia Malaysia (MBM) telah mengadakan kunjung hormat kepada H.E. Emir Salim Yüksel, Duta Besar Republik Turki di Malaysia.
Kunjung hormat tersebut diketuai oleh Sdr. Mohd Izzat Afifi Abdul Hamid, Presiden MBM.
Turut sama Jawantankuasa Hal Ehwal Antarabangsa MBM.
Dalam kunjungan tersebut, MBM telah membentangkan mengenai latar belakang organisasi, gerak kerja dan hala tuju belia Malaysia kepada beliau.
Selain itu, turut dibincangkan adalah mengenai kerjasama MBM dan kedutaan dalam pelbagai bidang antaranya peluang belia melanjutkan pelajaran ke Turki serta penganjuran bersama Ambassador Talk.
Presiden turut menyampaikan ucapan takziah kepada Kedutaan Republik Turki atas musibah yang melanda negara Turki baru-baru ini.