MAJLIS BELIA MALAYSIA

Kunjung hormat MBM kepada Director of Education Malaysia-Australia

SYDNEY 10 Sep – Sdr. Dhanesh Basil, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Antarabangsa Majlis Belia Malaysia (MBM) telah mengadakan kunjungan hormat kepada Dr Fahmi Rahim, Director of Education Malaysia-Australia merangkap Head of Post Consulate Malaysia Sydney bertempat di Malaysia Hall di sini.

Dalam pertemuan ini, Dr. Fahmi telah berkongsi peranan Education Malaysia-Australia yang menjadi payung kepada pelajar-pelajar Malaysia di Australia. Juga dibincangkan potensi kolabrasi MBM bersama EMA untuk membawa delegasi belia Malaysia ke Australia.

Malaysian Hall Sydney merupakan salah satu pusat transit pelajar Malaysia yang tertua.

Turut sama dalam pertemuan ini Puan Hawa Othman, Education Attache dan Sdr. Haiqal (BPS Sydney).

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »