KUALA LUMPUR | 6 DISEMBER – Kunjung hormat tersebut disambut oleh Ybhg. Dato’ Lokman Hakim Ali Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Antarabangsa Dan Industri. Sdr. Jufitri Joha Presiden MBM telah mengetuai Kunjung Hormat tersebut serta dihadiri bersama sdr. Hasnul Haniff Harun Setiausaha Agung MBM, sdri. Atiqah syahirah Penolong Setiausaha Agung MBM.Turut hadir adalah ahli jawatankuasa keusahawanan MBM.
Antara perkara yang dibincangkan adalah berkenaan ruang yang boleh dimanfaat oleh belia, dibawah kementerian tersebut. Selain itu, MBM juga telah mengusulkan beberapa kertas kerja antaranya berkenaan program pendedahan kepada ushawan belia tentang cara untuk memasarkan produk mereka keluar negara.





