MAJLIS BELIA MALAYSIA

Kunjung Hormat MBM kepada Pengerusi KPTM

Kuala Lumpur | 27 November – Majlis Belia Malaysia (MBM) telah mengadakan kunjung hormat kepada YB Dato’ Haji Shamshulkahar Bin Haji Mohd Deli, Pengerusi Kolej Poly-Tech Mara (KPTM) bertempat di Ibu Pejabat KPTM, Kuala Lumpur.

Kunjung hormat diketuai oleh Sdr. Mohd Izzat Afifi Abdul Hamid; Presiden MBM dan turut bersama Sdr. Azman Azeez; Naib Presiden MBM serta Sdr. Hasnul Haniff Harun; Setiausaha Agung MBM.

Dalam kunjung hormat tersebut, pelbagai perkara telah dibincangkan antaranya mengenai kerjasama dalam bidang pendidikan dan latihan kepada belia dalam bidang kepimpinan melalui program -program belia.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »