BANDA HILIR 26 Mei – Pertandingan e-games Mobile Legends Piala Presiden MBM Peringkat Kebangsaan berakhir hari ini dengan kejayaan kumpulan Hantar Pulang dinobat sebagai juara pada edisi kali ini dan membawa pulang wang tunai RM2,000.
Tempat kedua dimenangi kumpulan Vampire X Esports dengan hadiah RM1,500 dan tempat ketiga pula menjadi milik kumpulan G13 Squad Guard A dengan hadiah RM1,000 manakala keempat dimenangi kumpulan Lunatix Ravo bersama wang bernilai RM500.
Kejohanan yang berlangsung di Dataran Pahlawan Mall ini merupakan acara di bawah segmen Rakan Digital sempena Sambutan Hari Belia Negara Peringkat Kebangsaan 2024.
Selain Kejohanan egames, turut diadakan pameran dan mari mencuba robotik.
Hadiah disampaikan oleh Presiden MBM, Sdr. Mohd Izzat Afifi Abdul Hamid.
Syabas Angkatan Belia Islam Malaysia / Muslim Youth Movement of Malaysia (ABIM) yang mengendalikan Kejohanan ini dan tahniah kepada semua pemenang.
Turut sama meraikan pemenang-pemenang ialah Ketua Penerangan MBM, Sdr. Fazril Mohd Saleh; Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung – Rasmi, Sdr. Fazreen Ismadi dan Timbalan Presiden Majlis Belia OKU Malaysia, Sdr. Khairul Anwar Korai.




















