MAJLIS BELIA MALAYSIA

Kumpul Belia Madani Muo, Felda Maokil Memang Steady Gempak!

Muar 12 Jun 2026 – Program Belia Bakti Madani Peringkat Negeri Johor telah berlangsung dengan penuh semangat di Felda Maokil, Muar, Johor pada 12 Jun 2026. Kehadiran belia daripada pelbagai institusi pengajian tinggi awam (IPTA), pelajar TVET, dan komuniti setempat menjadikan program ini wadah kebersamaan yang bermakna.

Program ini berlangsung selama 3 hari 2 malam dengan pengisian aktiviti yang memberi impak kepada pembangunan jati diri dan semangat kesukarelawanan belia. Antara pengisian utama program termasuk Sesi Suai kenal Bersama Keluarga Angkat, Gotong-Royong MADANI, Misi Ziarah Prihatin, dan Klinik Agro Belia MADANI.

Objektif utama program ini adalah untuk memupuk nilai kepimpinan, tanggungjawab sosial, dan semangat kesukarelawan dalam kalangan belia. Selain itu, program ini turut menekankan kepentingan melahirkan generasi muda yang berjiwa rakyat, menjadi penggerak perubahan, serta menyumbang kepada perpaduan masyarakat.

Sorotan aktiviti sepanjang program memperlihatkan penglibatan aktif peserta dalam sesi interaksi bersama keluarga angkat, kerja komuniti melalui gotong-royong, program ziarah ke rumah komuniti setempat, serta pendedahan ilmu melalui Klinik Agro Belia MADANI yang memberi manfaat kepada pembangunan kemahiran belia.

Majlis ini turut diserikan dengan kehadiran Sdr HASNUL HANIFF HARUN, Naib Presiden Majlis Belia Malaysia.

Kehadiran peserta daripada pelbagai institusi pengajian tinggi awam (IPTA), pelajar TVET, dan komuniti setempat telah mencerminkan semangat perpaduan yang kukuh, sekali gus memperkukuh aspirasi untuk melahirkan generasi belia yang berdaya saing dan berjiwa MADANI.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »