KUALA TERENGGANU 12 Okt – Sempena kunjungan Majlis Belia Malaysia (MBM) ke pantai timur dan sambutan Maulidur Rasul 1444 Hijrah, MBM telah diundang menghadiri kuliah Maulidur Rasul dan Majlis Makan Malam anjuran Tan Sri Haji Abdullah Haji Taib, Pengerusi Majlis Pengakap Negeri Terengganu merangkap Bendahari Persekutuan Pengakap Malaysia.
Rombongan MBM yang hadir adalah Sdr. Mohd Izzat Afifi Abdul Hamid, Presiden MBM; Sdr. Hasnul Haniff Harun, Setiausaha Agung MBM dan Sdr. Syafiq Ridzwan Jamaludin, Penolong Ketua Penerangan MBM.
Turut sama YB Senator Datuk Mohd Ridhwan Mohd Ali, Ahli Dewan Negara merangkap Presiden Majlis Gabungan Belia Melaka (MGBM).